KAMAL BIN ASHAARI (2018) PEMERKOSAAN DAN HUKUMANNYA MENURUT ISLAM : ANALISIS KOMPARATIF ANTARA MAZHAB SYAFI’I DAN MAZHAB HANAFI. Skripsi thesis, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.
|
Text
1. COVER__2018496PMH.pdf Download (256kB) | Preview |
|
|
Text
2. PENGESAHAN__2018496PMH.pdf Download (393kB) | Preview |
|
|
Text
3. ABSTRAK__2018496PMH.pdf Download (275kB) | Preview |
|
|
Text
4. KATA PENGANTAR__2018496PMH.pdf Download (385kB) | Preview |
|
|
Text
5. DAFTAR ISI__2018496PMH.pdf Download (391kB) | Preview |
|
|
Text
6. BAB I__2018496PMH.pdf Download (573kB) | Preview |
|
|
Text
7. BAB II__2018496PMH.pdf Download (1MB) | Preview |
|
|
Text
8. BAB III__2018496PMH.pdf Download (722kB) | Preview |
|
Text
9. BAB IV__2018496PMH.pdf Restricted to Repository staff only Download (677kB) |
||
|
Text
10. BAB V__2018496PMH.pdf Download (453kB) | Preview |
|
|
Text
11. DAFTAR PUSTAKA__2018496PMH.pdf Download (298kB) | Preview |
Abstract
Kamal bin Ashaari (2017), PEMERKOSAAN DAN HUKUMANNYA MENURUT ISLAM : ANALISIS KOMPARATIF ANTARA MAZHAB SYAF'II DAN MAZHAB HANAFI. Skripsi Jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum,Fakultas Syariah & Ilmu Hukum,Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru, Riau, Indonesia. Tindak pidana pemerkosaan adalah satu daripada bentuk perzinaan malah pidana ini lebih keji dan jahat. Sedangkan zina yang diharamkan itu, merupakan perlakuan keji dan salah satu daripada dosa-dosa besar dalam Islam. Tidak terdapat satu agama dalam dunia pun yang mengharuskan perbuatan tersebut. Namun hukuman berkaitan tindak pidana pemerkosaan ini tidak terdapat secara jelas di dalam nas al-Quran dan Sunnah dan tidak dibincangkan dengan mendalam dalam penulisan klasik ulama terdahulu. Oleh sebab itu penelitian ini memiliki beberapa untuk dikaji, PERTAMA, mencari pengertian dan istilah yang tepat tentang tindak pidana pemerkosaan dalam penulisan ulama silam. KEDUA, mencari dasar hukum tindak pidana pemerkosaan pada perbincangan fuqaha iaitu dalam mazhab Syafi’i. KETIGA, membincangkan perbedaan hukuman perkosaan dalam mazhab Syafi’I dan Hanafi dan mazhab Hanafi. v Hasil penelitian ini mendapati bahawa hukuman bagi tindak pidana perkosaan analisis komparatif antara mazhab Syaf'ii dan mazhab Hanafi sebagaimana berikut : ulama silam hampir tidak ada istilah khusus yang bermaksud pemerkosaaan bagi membincangkan tentang tindak pidana ini bahkan mereka menggunakan istilah al- zina bi al-ikrah yang bermaksud zina dengan cara paksaan. Dalam hukum Islam tindak pidana perkosaan ada hukumannya dan kedua-dua mazhab Hanafi dan Syafi’I bersepakat dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan tindak pidana ini. Antaranya yang disepakati ialah PERTAMA, Kedudukan mangsa perkosaan menurut undang-undang Islam adalah dilindungi dan bebas dari sebarang hukuman samada hudud atau lainnya. KEDUA, Al-Syafi’iyyah dan al-Hanafiyyah bersepakat bersama jumhur ulama bahawa hukuman ke atas pemerkosa jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman hudud. Penelitian juga mendapati ada beberapa perbedaan pendapat antara kedua-dua mazhab ini dalam menentukan kategori hudud yang dikenakan pada pemerkosa. Dalam kasus ini mazhab Hanafi bersama jumhur ulama menentukan hukuman terhadap pelaku tindak pidana ini dalam kategori had zina iaitu pemerkosa yang belum berkahwin ( ghairi muhsan ) hendaklah di cambuk sebanyak 100 kali cambuk, manakala yang muhsan dikenakan hukuman rejam sampai mati. Sementara sebahagian ulama al-Syafi’iyyah pula berpendapat bahawa tindak pidana pemerkosaan diletakkan dalam kategori had hirabah sebagaimana pendapat sebahagian ulama al-Malikiyyah. Ini adalah kerana mereka berpendapat bahawa tindak pidana perkosaan ada persamaan dengan tindakan pidana perampokan (al- Hirabah).
Item Type: | Thesis (Skripsi) |
---|---|
Subjects: | 200 Agama > 290 Agama Selain Kristen > 297 Islam |
Divisions: | Fakultas Syariah dan Hukum > Perbandingan Mazhab dan Hukum |
Depositing User: | Mrs Rina Amelia - |
Date Deposited: | 26 Aug 2019 04:22 |
Last Modified: | 26 Aug 2019 04:22 |
URI: | http://repository.uin-suska.ac.id/id/eprint/18177 |
Actions (login required)
View Item |