Search for collections on Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau Repository

IMPLEMENTASI PROGRAM DAKWAH YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) DI NEGERI SEMBILAN

SITI AISHAH BINTI JAMALLUDDIN, - (2023) IMPLEMENTASI PROGRAM DAKWAH YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) DI NEGERI SEMBILAN. Skripsi thesis, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.

[img]
Preview
Text
GABUNGAN SKRIPSI KECUALI BAB V.pdf

Download (4MB) | Preview
[img] Text (BAB V)
BAB V PEMBAHASAN.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (3MB)

Abstract

ABSTRAK Nama : Siti Aishah Binti Jamalluddin Prodi : Manajemen Dakwah Judul : Implementasi Program Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Negeri Sembilan Penelitian ini membincangkan tentang implementasi pengurusan dakwah yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menguruskan gerakan dakwah secara sistematik dan berkesan kepada masyarakat di Negeri Sembilan. Aspek pengurusan perlu dilihat secara holistik oleh organisasi dakwah dalam mencapai matlamat dan objektif sesebuah organisasi. Pelaksanaan dakwah merupakan seruan atau ajakan ke arah penerimaan dan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Pelbagai nilai yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith termasuklah aspek pengurusan lslam. Pengurusan yang efektif dengan kepelbagaian metodologi dakwah akan menarik minat para mad‟u dalam memperbaiki diri, keluarga dan juga masyarakat. Pelbagai teori yang dikemukakan oleh para pakar dalam bidang pengurusan yang dilihat sebagai satu idea untuk memperkembangkan gagasan-gagasan yang dibina dalam memperluaskan konsep pengurusan ini. Banyak ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith agar manusia melihat hakikat bahawa Allah merupakan pengurus dan pentadbir yang sebaik-baiknya. Prinsip-prinsip pengurusan Islam diaplikasikan yang akhirnya bermatlamatkan untuk mencapai keredaan Allah SWT. Oleh yang demikian, peneliti akan memfokuskan tinjauan awal berkaitan dengan pengurusan di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai agen pelaksana dakwah kepada masyarakat. Keseluruhan daripada kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pelbagai teknik antaranya analisis dokumentasi. Kata Kunci : Implementasi; dakwah; YADIM

Item Type: Thesis (Skripsi)
Subjects: 000 Karya Umum
Divisions: Fakultas Dakwah dan Komunikasi > Manajemen Dakwah
Depositing User: fdk -
Date Deposited: 10 Jul 2023 07:53
Last Modified: 10 Jul 2023 07:53
URI: http://repository.uin-suska.ac.id/id/eprint/72568

Actions (login required)

View Item View Item