Search for collections on Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau Repository

ANALISIS SIRI MASA ZARAH TERAMPAI (PM10) DI LEMBAH KLANG, MALAYSIA

Ahmad Mahir Razali, - and Ari Pani Desvina, - ANALISIS SIRI MASA ZARAH TERAMPAI (PM10) DI LEMBAH KLANG, MALAYSIA.

[img]
Preview
Text
JQMA-9-1-ANALISIS_SIRI_MASA_ZARAH_TERAMPAI_PM10.pdf

Download (952kB) | Preview

Abstract

Masalah pencemaran udara adalah suatu fenomenon yang sering dinyatakan pada masa kini, misalnya pencemaran udara di kawasan bandar di negara-negara Asian. Pencemaran udara merupakan suatu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarah yang bertoksik atau beradioaktif seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, zarah terampai dan sebagainya ke dalam atmosfera, hal ini boleh memberi kesan berbahaya kepada tubuh manusia. Dalam kajian ini dibincangkan peramalan dan pengkajian trend data kepekatan zarah terampai (PM10) dengan menggunakan pendekatan Box-Jenkins, di empat kawasan, iaitu Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang. Data cerapan yang digunakan adalah data yang dikumpulkan secara purata harian dari bulan Januari 2007 hingga Disember 2007. Pendekatan Box-Jenkins terdiri daripada empat langkah asas, iaitu langkah pengecaman kasar, langkah penganggaran parameter, langkah penyemakan diagnostik dan peramalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keempat-empat kawasan mempunyai model yang sama, iaitu model AR(3) tanpa parameter φ2 . Kesamaan model yang diperoleh bagi keempat-empat kawasan pengamatan disebabkan keempat-empat kawasan tersebut merupakan kawasan yang kedudukannya saling berhampiran. Model ini digunakan untuk analisis selanjutnya, iaitu peramalan data masa akan datang. Kata kunci: Box Jenkins; autoregresi; purata bergerak; autoregresi dan purata bergerak; campuran autoregresi dan purata bergerak berintegrasi

Item Type: Article
Divisions: Fakultas Sains dan Teknologi > Matematika
Depositing User: Gusneli -
Date Deposited: 14 Apr 2023 00:40
Last Modified: 14 Apr 2023 00:40
URI: http://repository.uin-suska.ac.id/id/eprint/70011

Actions (login required)

View Item View Item