Search for collections on Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau Repository

PENSIJILAN HALAL: PROSEDUR DAN IMPLEMENTASI DI INDONESIA

Zulkifli and Mualimin Mochammad Sahid (2018) PENSIJILAN HALAL: PROSEDUR DAN IMPLEMENTASI DI INDONESIA. Malaysian Journal of Syariah and Law, 8 (1). pp. 49-59. ISSN 1985-7454

[img]
Preview
Text
Pensijilan Halal.pdf

Download (960kB) | Preview
[img]
Preview
Text
Peer Review Pensijilan Halal.pdf

Download (417kB) | Preview

Abstract

Islam hadir untuk membimbing manusia supaya dapat memilih diantara perkara-perkara yang benar dan yang sia-sia, termasuk juga urusan halal dan haram berkaitan dengan makanan yang dimakan. Makanan adalah keperluan utama setiap manusia, namun apa-apa makanan yang perlu dimakan mestilah dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan. Dari aspek agama Islam, makanan yang aman adalah yang berasal dari bahan yang halal, cara memprosesnya yang baik, penyembelihan serta cara mendapatkannya juga perlu betul. Sebagai negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam, kerajaan Indonesia bertanggungjawab untuk mengekalkan produk makanan halal. Ini dinyatakan dalam surat al-Maidah ayat 88, al-Mu'minun ayat 51, al-Baqarah ayat 172, 168 dan pelbagai hadis Nabi Muhammad SAW. Produk halal merupakan perkara penting yang menjadi trend dan berkembang dalam keperluan pasaran kini. Ia memberi kesan dan mengubah simbol jaminan kualiti dan pilihan gaya hidup. Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa Islam sangat mementingkan perkara berkaitan makanan yang halal dan baik (Halalan Thayyiban). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengajaran agama Islam tidak pernah berbeda dengan teori perubatan mana pun. Allah SWT telah menerangkan kebaikan kerana mengambil makanan yang halal, dan keburukan kerana mengambil yang haram. Untuk mempastikan produk itu halal, perlu melibatkan kerajaan dalam memantau pengeluar makanan dan pengurus pasaran, supaya mereka menjalankan beberapa ujian halal serta mendapatkan sijil halal sebelum menjual sebarang produk. Di Indonesia, terdapat beberapa tahapan untuk mendapatkan sijil halal, diantaranya adalah dengan menyerahan permohonan kepada LPPOM-MUI, proses audit dokumen, kajian lokasi, kajian hasil audit dan keputusan hasil permohonan. Kata kunci: pensijilan, sijil, halal, lppom-mui, halalan, toyyiban, prosedur

Item Type: Article
Subjects: 200 Agama > 290 Agama Selain Kristen > 297 Islam
Divisions: Fakultas Syariah dan Hukum > Ekonomi Syari'ah
Depositing User: Mutiara Jannati
Date Deposited: 16 Aug 2019 08:27
Last Modified: 16 Aug 2019 08:27
URI: http://repository.uin-suska.ac.id/id/eprint/17471

Actions (login required)

View Item View Item