Search for collections on Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau Repository

PANDANGAN DR. MAHATHIR MOHAMMAD TENTANG ISLAM

Muhammad Amin (2011) PANDANGAN DR. MAHATHIR MOHAMMAD TENTANG ISLAM. Skripsi thesis, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.

[img]
Preview
Text
2011_201127.pdf

Download (326kB) | Preview

Abstract

Pengkajian terhadap seseorang tokoh merupakan satu usaha bagi menghargai sumbangan yang telah dilakukan oleh tokoh tersebut dalam membina suasana yang dapat dirasai oleh masyarakat seperti keselesaan politik, ekonomi, dan kebudayaan. Penghargaan patut diberikan kerana telah meyumbang kebaikan kepada generasi akan datang, kepimpinan yang jujur serta tidak mementingkan diri akan menjadikan agama, bangsa dan negara menjadi aman. Ia menjadi contoh serta tauladan kapada mereka yang bercitc-cita untuk menjadi pemimpin dalam masyarakat. Seseorang tokoh akan menjadi penting untuk dikaji kerana jasa yang telah dilakukan semasa hidup yang berjuang dengan gigih, menerima berbagai-bagi ujian, masalah yang mengakibatkan diri dipenjara oleh pihak pemerintah. Ada kalanya seseorang tokoh itu di gambarkan sebagai pengkhianat dan disembunyikan kepada masyarakat atas kebaikan yang dilakukan dan megemburkan keburukan atas dasar semata-mata kerana tidak dapat menerima saran-saran yang dimajukan. Ini dengan sendirinya akan menutup sejarah kehidupan yang sebenar apa yang dilaluim oleh tokoh tersebut, kebenaran sejarah amat pentig bagi untuk dijadikan ukuran kepada pencapain tokoh tersebut. Masyarakat akan merujuk kapada tulisan mengenai sejarah seseorang tokoh atas kejayaan, kegagalan, permasalahan yang dihadapi tidak dapat dinilai pada masa itu, tetapi ia hanya boleh dilihat oleh masyarakat genarasi akan datang. Ada lalanya penulisan tokoh merupakan satu propaganda dalam usha untuk satu justifikasi kepada pemerintahan dan dasar-dasar yang dijalankan, hal ini tokoh tersebut boleh memberi kebanggaan kepada pembinaan kebudayaan bangsa dan masyarakat walaupun adakalanya ia bertentangan dengan kebenaran dan sejarah. Berdasarkan penjelasan di atas, penulis ingin meneliti pandangan dan tafsiran Dr. Mahathir Mohamad tentang Islam, dan secara khusus permasalahan yang akan dibahas dalam penelitian ini adalah persoalan-persoalan dalam pandangan Dr. Mahathir terhadap Islam, alasan-alasan dan solusi yang diberikan dalam menghadapi tentangan dan rintangan dalam proses merealisasikan ide-ide beliau. Data penelitian ini menggunakan metode penelitian pustaka (Library Research). Penulis menyedari banyak kekurangan dan keterbatasan terdapat dalam kajian ini. Kritik-kritik dan saranan sangat dialu-alukan dari pembaca untuk member pendaapat mereka.

Item Type: Thesis (Skripsi)
Subjects: 200 Agama
Divisions: Fakultas Ushuluddin > Ilmu Aqidah
Depositing User: Feni Marti Adhenova
Date Deposited: 26 Dec 2015 06:11
Last Modified: 26 Dec 2015 06:11
URI: http://repository.uin-suska.ac.id/id/eprint/163

Actions (login required)

View Item View Item