Search for collections on Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau Repository

PERSEPSI ORANGTUA TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM DI KAWASAN PERUMAHAN TAMAN SERI TELOK MAS MELAKA

Siti Norhafizah Muhamad (2010) PERSEPSI ORANGTUA TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM DI KAWASAN PERUMAHAN TAMAN SERI TELOK MAS MELAKA. Skripsi thesis, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.

[img]
Preview
Text
2010_201052PMI.pdf

Download (432kB) | Preview

Abstract

Penelitian ini dijalankan untuk meninjau serta mendapatkan maklumat berkenaan dengan persepsi orangtua terhadap keruntuhan akhlak remaja. Berpandukan penelitian yang dijalankan adalah diharapkan dapat memberi satu input yang berguna dalam mengenalpasti peranan orangtua dalam pembentukan akhlak remaja dan mengetahui samada didikan orangtua dirumah dan faktor-faktor lain yang disenaraikan itu berperanan penting dalam mempengaruhi akhlak remaja. Kepentingan penelitian ini kepada orangtua ialah supaya mereka lebih peka dengan masalah sosial yang melanda remaja masa kini. Dengan mengetahui sebab yang sebenar barulah dapat kita menanganinya. Disamping itu, penelitian ini juga dapat memberikan kesedaran di kalangan orangtua agar tidak bersikap sambil lewa dalam mendidik anak-anak, apatah lagi dengan situasi masyarakat sekarang yang lebih mementingkan kerjaya daripada kebajikan anak-anak. Bagi pihak remaja itu sendiri pula, mereka dapat mengetahui punca serta faktor keruntuhan akhlak di kalangan mereka samada berpunca daripada diri sendiri, keluarga atau faktor-faktor lain. Secara tidak langsung ia dapat menyedarkan diri mereka betapa seriusnya masalah keruntuhan akhlak kerana ia boleh membawa kepada runtuhnya sesebuah tamadun manusia. Di samping itu, ia dapat mengingatkan remaja supaya mengisi masa-masa terluang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan memberi ilmu pengetahuan untuk kepentingan diri, keluarga dan masyarakat serta negara bertanggungjawab supaya dapat memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah sosial yang berluasa dalam masyarakat. Ini karena, penelitian ini dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan untuk merangka dan merancang strategi penyelesaian secara lebih efektif.

Item Type: Thesis (Skripsi)
Subjects: 300 Ilmu Sosial > 302 Interaksi Sosial, Hubungan Antarpersonal > 302.2 Komunikasi
Divisions: Fakultas Dakwah dan Komunikasi > Pengembangan Masyarakat Islam
Depositing User: Mutiara Jannati
Date Deposited: 23 Aug 2017 06:31
Last Modified: 23 Aug 2017 06:31
URI: http://repository.uin-suska.ac.id/id/eprint/10570

Actions (login required)

View Item View Item